Blogger Backgrounds

WELCOME Pictures, Images and Photos

Our precious moment ^_^

Sunday 26 February 2012

Punca Kes Buli [NURATIQAH DOLSAHA]


Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi- jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.


Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahundalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya.“Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang".Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini.



Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuatdemikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkankekuatannya kepada orang lain. Ringkasnya, mereka semakin ketandusan nilaikemanusiaan dalam diri mereka sendiri.

Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapayang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.

Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang 
ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jikakawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Pengawasanyang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain.

 Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang inginmelahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggalsebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 jugaakan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masadepan. Bak kata peribahasa Melayu‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’ .Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usahamenangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapatmelahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.


^_^ Thanks for viewing ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved chubbycomot.blogspot.com