Blogger Backgrounds

WELCOME Pictures, Images and Photos

Our precious moment ^_^

Friday 20 January 2012

Punca Berlakunya Pembuangan Bayi ( Ainatun Nadhirah Dharmawi ) 3 KRK

Punca berlakunya Pembuangan Bayi
Marcapada ini, negara kita telah berkembang pesat sama ada dari segi ekonomi , sosial ataupun politik dalam menongkah arus modenisasi dan globalisasi . Kini , nama Malaysia begitu tersohor di pentas dunia . Sebagai rakyat Malaysia , kita haruslah berbangga dengan kejayaan yang telah ditempa oleh rakyat Malaysia di peringkat dunia . Namun begitu , di sebalik kegemilangan ini , masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat kita , iaitu masalah pembuangan bayi . Persoalannya , apakah punca  masalah ini ? Mengapakah hal ini boleh berlaku ?

Dalam hal ini , kita tidak boleh menafikan bahawa kekurangan didikan agama merupakan antara sebab utama kes pembuangan bayi berlaku . Kekurangan didikan agama menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan lalu terlibat dalam gejala negatif , antaranya ialah pergaulan bebas . Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang melampaui batas agama boleh menyebabkan diri mereka terjebak ke dalam kancah maksiat dan impaknya si gadis hamil anak luar nikah . Sikap golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab membawa titik hitam dalam kehidupan gadis tersebut , lantas gadis yang hamil mengambil jalan mudah untuk mengelakkan rasa malu agar perbuatannya tidak diketahui masyarakat , selain itu perasaan buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan lalu membuang bayi tanpa belas kasihan.

Selain itu , pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayi berlaku . Hal ini dikatakan demikian kerana , pada usia muda , remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya  mereka . Hal  ini  bertambah  teruk apabila  mereka bergaul  dengan  rakan  sebaya  yang  negatif . Rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak remaja untuk melakukan perkara di luar batasan agama dan norma maysarakat . Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah negatif tersebut akan melakukan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak , mereka terpaksa membuang bayi mereka .

Sehubungan dengan itu , sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut menyebabkan masalah sosial ini berlaku . Apabila seseorang remaja perempuan melahirkan anak luar nikah , sudah pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang jijik padanya . Secara tidak langsung , remaja perempuan itu juga akan dianggap menjatuhkan maruah keluarganya . Demi menjaga imej diri  sendiri dan juga keluarga , remaja tersebut akan mengambil jalan  mudah  dengan  membuang  bayinya  daripada  dipandang  jijik  oleh  masyarakat  .
 
Isu pembuangan bayi amat serius dan perlu ditangani segera. Oleh itu , ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai moral dan pegangan agama yang utuh dalam kalangan anak-anak untuk membendung masalah ini. Keluarga dan masyarakat harus bersikap membantu mangsa , bukan menambah beban yang ditanggung . Pada waktu yang sama , ibu bapa hendaklah prihatin dengan anak-anak mereka yang meningkat remaja , selain individu itu sendiri perlu mempunyai kesedaran untuk menjaga tatasusila apabila berhadapan dengan masyarakat .



                                                                                                                              ( 457 patah perkataan )    

^_^ Thanks for viewing ^_^

2 comments:

  1. Salam, hati-hati dalam pergaulan. Semuanya berpunca daripada pergaulan tanpa batasan lelaki dan wanita bukan mahram..Ingat..Allah melihat segala-galanya yang nyata dan tersembunyi...

    psss...very useful article .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved chubbycomot.blogspot.com